Assalamualaikum...
Indah Bukan??? ^.^ (crdt: google) |
KISAH CINTA ALI BIN ABI THALIB & FATIMAH AZ-ZAHRA
“Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah
mereka saling
memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka
dinikahkan hanya
dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya
Fatimah RA.
Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.”
************************************************
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa
tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi
tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil
didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah
Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi
mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri
Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya.
Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar
perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana
merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu
Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun
keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah
bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali
bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga
bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan
saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman,
’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang
tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah
berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela Abu
Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak
yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaallah
lebih membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu
Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun,
sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak
baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan
diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima
olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh
islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan
mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat
ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani
mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang
melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku
datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku
masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul,
di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa
pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi,
sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan
Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada
kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w.
Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau
bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk
menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq
r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera
menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan
orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah
kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan
lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah
beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan
kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum
pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk
dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu
untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang
air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda
telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki
Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku
tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan
dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah
engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini
hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil
mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah
s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar
pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah
yang mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu
baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah
dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia
bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari
mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada
Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai
kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu
ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian
mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di
depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai
maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai
suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau
perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang
demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah
ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu
Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan
belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga.
Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi
wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang
menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang
aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah
anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah
nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib:
“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda
sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah
pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w.
menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk
perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan
mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan
jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin
sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib
bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan
engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang
diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas
dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w.
mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t.
memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400
dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a.
dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan
cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.CINTA TAK PERNAH MEMINTA UNTUK MENANTI. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang
kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh
Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah
berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah
satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata,
“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda
itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
************************************************
sekian saja perkongsian...
c u then!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete